Pages

Friday, 8 January 2010

Bicaralah...

Bicaralah bulan...
Saat hatiku hiba di rantauan...
Tenangkan hati ku tuhan
saat diriku gundah keseorangan.
Temankan aku duhai malam
tika aku mahu kedamaian...
Dinginkan aku duhai embun
tika tubuhku terasa hangat
hangat yang kurasakan sangat
berbeza rasanya...
Berbeza kerana rasa itu sungguh asing...

Duhai bintang...
Jelmalah engkau ini malam...
Bawalah sinarmu menemaniku
yang sentiasa kesepian ini...

Berilah aku cahaya biarpun
dalam keadaan sepi di
malam yang kelam...

Mengalirlah engkau wahai air sungai.
Jangan berhenti di juram
di terjunan air tinggi melambai...

Mengalirlah engkau duhai kasih sayag.
Jangan berhenti memberi cinta
menghidupkan semula hati yang mati.

Bercahayalah engkau duhai bulan.
Jangan berhenti menerangi hati ini.
Agar aku terus hidup di dunia ini...

No comments: