- Apa Itu Hari Valentine
Hari Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih
yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.
p/s: Inilah yang diketahui oleh sebahagian besar insan di dunia ni...
- Asal-usul
Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi.
Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.
p/s: ceh, versi yang saye ingat terbalik daa...
Asal-usul name yang datang dari paderi tu da betul.
Tapi bukan bunuh diri sebab x dapat kawin!
sebab die da jatuhkan Islam.
Ape daa!
Wrong Info makes more conplication meh,... - Pandangan Islam Isu Sambutan
Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
memutuskan 'Amalan menyambut Hari Valentine adalah HARAM
dan bertentangan dengan ajaran Islam.'
Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
kali ke-71 yang bersidang pada 22 ingga 24 November 2005 memutuskan:
"Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam."
p/s: Aduyaiii!!!
Sastera nye ayat....
- Konsep Kasih Sayang Islam
Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam.
Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkan Islam.
Konsep sebenar kasih sayang yang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan ALLAH...
p/s: Ni da macam nak exam subjek Bahase jer..
hehhh...- Ciri Pasangan Sesuai Bercinta
Ia dibahagikan kepada Empat iaitu:
- Niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa.
- Mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama dengan tindakan yang menjerumus ke arah zina.
- Istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa pada Ramadhan dan beusaha menjadi Muslim yang sebenar.
- Sentiasa menjaga batasan aurat.
p/s: Aku bukan ustazah.
Ciri2 nak jadi ustazah lagi lah x de.
wish pun x nak..
tapi ni laa yang aku bace dan ni laa yang aku taip kat sini.- Cinta sebelum Perkahwinan
Mereka melangsunggar Hukum Yang Esa kerana khayal di alam percintaan tanpa berpandukan syarak...
Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampiri zina.
- Peraturan Hubungan Cinta Manusia
Peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia itu disasarkan juga kepada cintakan Allah
dan hendaklah kita pastikan ketika menjalin hubungan, tiada hukum-NYA yang dilanggar.
- Cara kekal Cinta Sesama Manusia
Letakkan asas cinta kepada cintakan Allah S.W.T.
"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku."
(az-Zariyat, 51:56)
p/s: sekadar ingatan bersama...
- Tegahan Sambutan
Islam melarang perayaan ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat
seperti pergaulan bebas, zina dan hamil tanpa nikah.
paling menyedihkan, ia berlaku kepada masyarakat Melayu, khususnya yang beragama Islam.
p/s: tu laa sadis nye zaman sekarang ni...
semua ni sekadar untuk pengetahuan bersama...
Semoge kite same2 amik iktibar dan jadikan ni sebagai panduan hidup...
No comments:
Post a Comment