Pages

Saturday, 11 February 2012

Nota Buat Kekasih





Assalamualaikum... Semoga Allah merahmati kamu...


Nota ni bukan nota macam lagu Doa Buat Kekasih nyanyian Ramli Sarip dengan Khatijah Ibrahim tu... Yang ni nota lain.

Catatan ni ditulis selepas membaca novel karya Hlovate atau TJ yang bertajuk 5 Tahun 5 Bulan dan Contengan Jalanan yang banyak memberi erti dalam hidup... Bacalah dengan nama Tuhanmu, semoga Dia memberkati...


Sejujurnya, aku cemburu dengan TJ. Cemburu dengan apa adanya dalam hidup dia. Dengan kejayaan yang dia perolehi dalam dunia dewasa seorang wanita bernama TJ.


Aku bukan cemburu buta. Cemburu aku bermakna. Tertampal pada sekarat hidup dan perjalanan yang telah aku lalui. AKu cemburu pada TJ sebab dia tidak pernah diusik oleh mana-mana lelaki sebelum dia menjadi milik suaminya yang sah. Tapi aku ?


Aku cemburu bila TJ dapat melalui seluruh hidupnya dengan baik tanpa pernah lupa pada keluarga dan Allah yang Maha Esa... Sedangkan aku ?


Aku cemburu bila TJ menjadi semulia wanita yang didampingi orang yang mendorong dia untuk menjadi wanita sempurna , yang mendidik dia menjadi wanita Solehah . . . Sedangkan aku sendiri tidak pasti . . .

Aku cemburu pada TJ yang boleh hidup tanpa kekasih di sisi walaupun menyembunyikan rasa hati di dalam diri. Tapi aku tidak pernah menyesal ada kekasih yang sentiasa mendorong aku untuk jadi positif dalam hidup. Biarpun sebelum ini aku tidak mampu menjadi yang terbaik, cukuplah dengan cuba menjadi yang terbaik. Aku bahagia bersama dia dan anaknya. Juga keluarganya.


Itu catatan hasil bacaan 5 Tahun 5 Bulan... Dalam Contengan Jalanan, berbeza pula jadinya...
TJ mengajar aku untuk menjadi seorang manusia yang sempurna... Mencari hidup yang benar-benar hidup. Hidup manusia mencari Tuhan. Tuhan yang Hanya Satu. Tuhan yang Hanya Dia yang Layak disembah. Demi mencari reda Ilahi...

Sedetik waktu yang berlalu memberi pengajaran pada diri ini untuk berubah sebelum terlambat. Untuk apa menunggu seru seandainya masa terluang sudah banyak dihabiskan? Untuk apa menanti esok untuk berubah andai hari ini sudah ada seseorang yang mengajak untuk menjadi seorang yang lebih baik dari hari-hari yang sudah. Sungguh, hati manusia bukan di tangan kita, tapi di tangan Tuhan. Tapi tak salah kalau kita sama-sama member nasihat. Bukan ke itu yang diamanahkan kepada kita? Sampaikan walau dengan sebaris ayat.

The man who decided to change in 12th hour dies on 11th hour.

Sungguh... Sewaktu bersama si dia pada awalnya, aku berazam untuk berubah setelah menjadi isterinya. Tapi, andai kata aku mati sebelum menjadi isteri dia? Atau dia pergi dahulu sebelum aku menjadi isterinya? Suratan bagaimana yang harus aku terima? Penyesalan hidup yang tiak berkesudahan andai itu yang berlaku. Masa terbuang banyak dihabiskan tanpa diisi dengan sedetik perjalanan kembara insane mencari Tuhan.



Di jalanan itu ada contengan hidup penuh erti.
Di jalanan itu ada pengalaman yang mematangkan.
Di jalanan itu ada kehidupan yang berbeza penuh makna.

Di datarnya sama, tapi alasnya berbeza. Kehendaknya serupa, tapi jalan menyempurnakannya berbeza. Melodinya seirama, tapi dendangannya tak sama . . . Begitulah hidup kita di dunia ini. Apa yang kita lakukan sekarang menentukan arah tuju hidup kita masa hadapan. Aku masih lagi cetek ilmu. Orang kata, bermusafirlah untuk belajar. Belajar tentang hidup yang sebenar. Hidup insan mencari Tuhan. Tuhan Yang Esa. Tuhan Yang Maha Kaya...

Siapa kata kalau umur dah 40 nak menjejak 50 dan hidup dah kaya raya tak perlu belajar lagi? Those who is stop learning is older. Those who keep learning keeps younger. Betul kan ? *sigh* Biarpun umur dah menjejak 70-80 tahun, kira masih beum terlambat untuk berhijrah kepada hidup yang lebih baik, sebelum terlambat. Sebelum ajal di tangan Tuhan datang menjemput. Sebelum jasad dan nyawa berpisah dua. Namun, hati manusia bukan kita yang pegang. Segalanya di tangan Tuhan...

Aku bukan mahu menunjuk pandai. Aku bukan manusia yang cukup kuat untuk terus berdiri kosong di muka bumi tanpa pegangan yang kukuh. Aku bukan siapa-siapa kalau nak bercakap tentang hal ugama. Aku bukan hafiz-hafizah yang akan masukkan tafsir al-Quran dalam percakapan sehari-harian. Tapi tak salah kalau kita kongsi ilmu yang kita ada bersama-sama, kan?



Buat kekasih yang di sayangi, (gaya dah macam tulis surat zaman dolu kala la pulak, hehe)

Awak, Saya minta maaf ... Tiada manusia yang sempurna di dalam hidup ni. Begitu juga saya. Ya, saya rindu sangat nak balik sana. Jalan dengan awak dan Asri. Berdua dengan Asri ke taman rekreasi, pergi BM dengan mak dan Asri, bawak mak ke pasar, bawak Asri naik motor beli barang-barang belanja, bergelak ketawa dengan Asri dan mak, bawak Asri ke Pulau naik feri...

Saya pun rindu nak ikut awak pusing satu Malaysia. Tapi kita bukan suami isteri yang boleh buat apa saja. Kita bukan malaikat yang tak akan dihisab di Akhirat sana. Kita manusia yang sentiasa diduga sebab Allah nak tengok sejauh mana ita ingat pada Dia di waktu susah dan senang kita. Kita manusia yang sentiasa digoda oleh Syaitan. Kita bukan Malaikat atau para Nabi yang maksum. Kita Cuma manusia yang menanggung amanah Allah. Bila kita dah tanggung amanah dari Allah, di akhirat nanti, kita kena jawab jugak. Tak dapat lari dari kenyataan yang satu tu. Kalau dah gitu, barulah namanya tanggungjawab.

Sampaikan Salam sayang saya pada mak dan Asri... Juga buat sekalian keluarga... Saya akan pulang, tapi bukan dalam waktu terdekat. Berikan saya waktu untuk mencari erti hidupsebelum menjadi isteri awak yang sah. Saya tak pergi kerana sesiapa. Saya pergi sementara waktu untuk mencari reda Ilahi. Saya tak lupakan awak. Saya nak belajar hidup bersyariah. Supaya anak-anak kita nanti hidup dengan bimbingan Islam, supaya anak-anak kita nanti tak jadi macam kita... Maafkan saya, awak...

Saya percaya pada qada' dan qadar-Nya... Kalau memang awak bersungguh nak memperisterikan saya, awak akan buat apa saja untuk memiliki saya, untuk menjadikan saya isteri awak, dan awak tak akan sekali-kali tergoda dengan godaan dunia berupa wanita atau apa jua godaan lain.. Dengan kesungguhan awak tu je yang akan membuatkan awak dapat membuktikan pada mak abah saya yang awak mampu menjaga saya sepanjang hidup saya bersama awak hingga akhir nyawa kita... 

Dan kalau awak memang bersungguh nk memiliki saya, awak tak akan tunggu saya habis belajar baru awak nak cari duit untuk pinang saya jadi isteri awak... Perbelanjaan kahwin mungkin kita boleh share , tapi takkan duit mas kahwin pun perlu dari saya . . . Sampai bila awak nak kata tak cukup? Awak, bagi lah saya peluang untuk merasa betapa bersungguhnya awak nak saya jadi isteri awak... Dengan keadaan awak sekarang ni, awak buat saya rasa yang awak tak nak apa-apa dari saya melainkan jasad semata-mata... Saya tak rasa yang awak nak saya jadi isteri awak yang sah. . . Saya dah tak tahu apa yang saya rasa sekarang... Yang saya tahu, saya rindukan awak yang dulu... Saya rindukan lelaki yang tak pernah putus asa dalam hidupnya... Lelaki yang akan buat apa saja demi keluarganya dan lebih penting demi saya...

Saya tunggu awak di balik dunia. Saya tunggu awak kotakan janji awak untuk datang pinang saya sebagai isteri awak yang sah. Kalau itu yang awak mahukan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya harap dengan jarak waktu yang memisahkan kita macam ni, akan buat saya nampak sama ada awak buktikan pada saya yang awak bersungguh dalam hal ni. (jangan tunggu sampai burung terjaga di dalam sangkar perak diberikan tuannya kepada tuan yang lain...) Kalau memang ada jodoh antara kita, maka akan bersatulah kita dalam rangkum-Nya... Semoga saya memang menjadi milik awak yang sah suatu hari nanti.

Untuk itu, saya izinkan awak memandu bas semula kalau itu yang awak nak. Cuma satu pesan saya, usah dikenang cinta lama bila awak dah memandu bas semula. Mulakan dengan hidup yang baru bersama saya. Kalau memang awak mahukan saya menjadi isteri awak yang sah... Saya akan tunggu awak sampai awak bersedia menikahi saya... Dan dalam masa yang sama, saya akan mempersiapkan diri seadanya...

Awak yang memulakan kisah cinta kita, dan saya mahu awak juga yang menyudahkan kisah cinta kita. Awak yang menghantar tanda sayang di dalam hati saya, dan awak jugalah yang harus hadir di dalam hati saya. Bukan insane lain sebagai suami saya... Saya tunggu awak . . . 




Melangkah Selagi Terdaya

Nota sesisip sepi dari
Siti Hajar Binti Ruslan 
khas buat
Zulkifly bin Mohamad Salleh

No comments: